Monday, 17 November 2014

Anak-anak | Sepenuh hati

O6 Nov 14. Otw nak balik umah tadi dengar radio Ikimfm. Dalam sagmen usrah nurani berkenaan dgn sepenuh hati. Topik yg sgt menarik dan menyentuh hati saya sebagai seorang ibu kepada anak2 sy.
Ustazah ada cerita berkenaan perasaan anak2 yg dah remaja. Ada sebahagian tu tidak snggup berkongsi masalah dgn ibu bapa sebab takut menjadi beban kpd ibu bapa. Dah la ibu bapa kerja cari nafkah balik nak pikir masalah anak2 lak. Itu tanggapan anak2 dah remaja dan boleh berfikir.
Bagaimana perasaan kita sebagai ibu bapa apabila mendengar perkataan mcm tu. Tersentuhkan....sama la saya.

Saya pun terfikir dalam  1 hari brp banyak masa  kita luangkan  bersama anak2. Cuba kita bayangkan 24 jam yang diberikan kepada kita apa yang kita lakukan:

1. 8 jam utk tido
2. 2 jam atas jalanraya
3. 9 jam di tempat kerja.
4. 2 jam uruskan rumah tangga
5. 1 jam peribadi
6. 1 jam utk anak2.
7. 1 jam emergency time.

Ni lebih kurang jer la. Kalo dikira banyak masa  kita dirumah tapi berapa lama kita luangkan masa bersama mereka. 1 jam dan kadang2 tak sampai. bagaimana kita hargai masa bersama dengan anak-anak. adakah dengan cara berikut:

1. Membelai dan bermanja dengan mereka
2. Marahkan mereka keran tidah mematuhi arahan kita
3. Bermain-main bersama mereka.
4. Menemani meraka  belajar dan bertanyakan hal pelajaran mereka.
5. Bertanyakan masalah yang mereka hadapi
6. Sembahyang bersama.
7. Mengaji bersama
8. Melipat baju bersama

Banyak benda yg boleh kita buat bersama mereka. Tapi semua semua bergantung kepada kita bagaimana caranya untuk kita hargai mereka.

Kita semua tahu bahawa anak2 adalah amanah Allah kpd kita. Tapi kita lupa untuk menunaikan tanggungjawab kita. Sebenarnya bukan kita...tapi saya yg lupa. Maafkan sy kerana saya lupa dan tidak sepenuh hati senunaikan tanggungjawab saya. Doakan supaya sy lebih sepenuh hati dalam melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan kpd sy.

Cinta Hati Saya

No comments:

Post a Comment