Monday, 17 November 2014

Anak-anak | Majlis Tahunan Tadika Nur Fatimah Az Zahra

9 Nov 14. Hari kami 5 beranak g menonton persembahan tadika Zahrah kat masjid khalid al walid. Mcm biasa kat aturcara ketibaan jam 0800. Kami sekeluarga sampai 0830. Al maklumla nak siapkan anak askar ni... ada menangis, ada yg menjerit dan ada mcm2 lg. Mcm tu la perangai anak2 kesayangan saya.

Bila masuk dewan dah penuh dgn ibubapa n kerusi nak duduk pun x der dah. Terpaksa la Abg Mohsin mencari kerusi utk mama,,,,heheheh. Mama ni mintak jer.

Mr Babah x dapat join sebab bertugas ke KK. So mama just hantar laporan jer kat Babah. Seronok jugak tgk kanak2 buat persembahan. Islamic semuanya n bahasa perantaraan English. 

So tak banyak nak sembang...just layan gambar2 sekitar majlis tersebut...layan

Kakak dgn adik

zahrah sms buat persembahan

saya la tu

saya lagi

saya dan kawan2



Buah hati mama dan baba

Anak-anak | Sepenuh hati

O6 Nov 14. Otw nak balik umah tadi dengar radio Ikimfm. Dalam sagmen usrah nurani berkenaan dgn sepenuh hati. Topik yg sgt menarik dan menyentuh hati saya sebagai seorang ibu kepada anak2 sy.
Ustazah ada cerita berkenaan perasaan anak2 yg dah remaja. Ada sebahagian tu tidak snggup berkongsi masalah dgn ibu bapa sebab takut menjadi beban kpd ibu bapa. Dah la ibu bapa kerja cari nafkah balik nak pikir masalah anak2 lak. Itu tanggapan anak2 dah remaja dan boleh berfikir.
Bagaimana perasaan kita sebagai ibu bapa apabila mendengar perkataan mcm tu. Tersentuhkan....sama la saya.

Saya pun terfikir dalam  1 hari brp banyak masa  kita luangkan  bersama anak2. Cuba kita bayangkan 24 jam yang diberikan kepada kita apa yang kita lakukan:

1. 8 jam utk tido
2. 2 jam atas jalanraya
3. 9 jam di tempat kerja.
4. 2 jam uruskan rumah tangga
5. 1 jam peribadi
6. 1 jam utk anak2.
7. 1 jam emergency time.

Ni lebih kurang jer la. Kalo dikira banyak masa  kita dirumah tapi berapa lama kita luangkan masa bersama mereka. 1 jam dan kadang2 tak sampai. bagaimana kita hargai masa bersama dengan anak-anak. adakah dengan cara berikut:

1. Membelai dan bermanja dengan mereka
2. Marahkan mereka keran tidah mematuhi arahan kita
3. Bermain-main bersama mereka.
4. Menemani meraka  belajar dan bertanyakan hal pelajaran mereka.
5. Bertanyakan masalah yang mereka hadapi
6. Sembahyang bersama.
7. Mengaji bersama
8. Melipat baju bersama

Banyak benda yg boleh kita buat bersama mereka. Tapi semua semua bergantung kepada kita bagaimana caranya untuk kita hargai mereka.

Kita semua tahu bahawa anak2 adalah amanah Allah kpd kita. Tapi kita lupa untuk menunaikan tanggungjawab kita. Sebenarnya bukan kita...tapi saya yg lupa. Maafkan sy kerana saya lupa dan tidak sepenuh hati senunaikan tanggungjawab saya. Doakan supaya sy lebih sepenuh hati dalam melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan kpd sy.

Cinta Hati Saya

Wednesday, 5 November 2014

Anak-anak | Pengalaman Menguncikan Diri Dalam Kareta

Hari ni 3 Nov 14. 
Anak bongsuku Nur Iman Raudhah menguncikan diri sendiri dalam kate. Tanpa arahan sesiapa. Huhuhu....
Lokasi kejadian. Depan Little Caliphs selepas aku menghantar Zahrah. Elok je aku turunkan zahrah dia terus tekan lock n bila aku suruh bukak balik buat2  x dengar n tak reti. Hampir 15 minit aku memujuk dia namun x berjaya. Last choice aku kol la hubby...nasib kurang  baik pulak hubby tgh mesy kat Shah Alam. Tapi nasib masih lagi baik , sebab kunci dia semua tinggal ofis. Cuma amek masa skit untuk tunggu staf hubby datang and than  minta ehsan staf hubby aku tolong ambilkan kunci pendua kat umah.

Kejadian ni berlaku hampir sejam. Yg nak lawak nye lepas aku buka pintu n aku nak gi ucap terima kasih kat teacher Zahrah sebab tolong bg pinjam hanphone sempat lg dia tekan lock lagi. Aku x terkata apa2,  tapi x per sebab kunci dah ada dengan aku. Senyum jer la, kadang2 nak marah pun bukan dia faham pun.

Pemerhatian aku sepanjang sejam Raudhah dalam kater,
1. Tak mengamuk or menangis. Sebab mungkin aku ada kat situ
2. Berusaha buka pintu tapi x berjaya,,, heheheh. siap kata 'tak leh la'
3. Main tisu sampai penuh satu kater.
4. Sempat melabur
5. Last dapat membuatkan aku berpeluh sehingga balik tukar baju la.


Secara kesimpulannya pada pandanganaku dan kawan aku (kak wie), kalo nak tinggal anak dalam kereta apa yg perlu kita buat ialah:
1. Matikan enjin kereta.
2. Bukak tingkap sikit utk pengudaraan.
3. Pastu kunci pintu
4. Paling lama leh tinggal dlm masa 10 minit shj tau.

Alhamdulillah lega semua dipermudahkan. Tak perlu nak pecahkan cermin kereta. 

Terima Kasih KepadaMu Ya Allah....
Ini lah budak yang suka kunci kater

Tuesday, 4 November 2014

Anak-Anak | Sukaneka Little Caliphs 2014

21 Jun 14. Sukaneka Tadika Little Caliphs. OMG. Kat surat tu tulis kehadiran  0830. Dah la abg n kakak ada sekolab ganti hari tu. Kami sampai hampir 0930 nasib la majlis baru nak bermula. Sempat la Zahra masuk perarakan.

Lokasi dan suasana nampak menarik jugak. maklumla sebelum ni dah ada pengalaman dengan mohsin n sofea. Kalau sukan tu memang sesuai la buat kat padang. Pernah sebelum ini anak2 punya acara sukan buat kat dewan. Nampak macam crowded jugak la. 

Tgk zahrah banyak jugak masuk acara sukan. Perpeluh aku tgk dia berlaki, lompak kuda n mcm2 lg. Tak larat sampai nak nangis la si Zahrah ni. Bila dapat hadiah banyak suka lak dia.

Kat situ jumpa sekali my skot anum n majmi. Anak depa pun hantar tadika yg sama jugak.
Hampir kul 1100 guru acara anounce parents n students leh balik sekiranya acara bg anak2 dah abih. Kami apa lagi laju jer balik. Bukan apa si Raudhah dah ngantuk. Nak amek abang n kakak lg.
So layan gambar Zahrah...


Zahrah bersama Chempaka
Raudhah pun sibuk nak berukan jugak
Sesi mengambil hadiah
Mereka nampak mesra tetapi selalu sgt bergaduh
Ni yang tinggi sekali n kecik sekali anak kawan aku cik Anum

Sunday, 2 November 2014

Happy Family | Hujung Minggu

Isnin hingga jumaat adalah hari yg stress bg anak2 saya. Ya la kalo yg sulang n second, pagi sekolah, petang sekolah agama, malam mengaji or kumon or homework. Yg ketiga pulak tadika n keempat umah pengasuh. Malam saya tak terlayan mereka sebab banyak kerja umah terpaksa disiapkan.Kesian at anak2 yang mempunyai ibu bapa yang bekerja. Tapi nak buat macam mana, bukan saya sorang jer yang mcm ni. Diluar sana ramai lagi yg mcm sy.

Biasanya 2 minggu sekali kami akan kluar jalan2, tengok wayang or makan2 kat luar. Pernah sekali bila hujung minggu si Zahrah tgk luar tingkap siap cakap "mama dah malam dah". Cara cakap mcm tak jumpa siang mlm anak sy ni bila x kluar umah.

3 minggu lepas kami semua g pusat sains negara. Ok la jugak disana bg depa tgk perkara berbentuk ilmuan lak. kami gi dengan adik saya jamillah's family. Layan gambar masa kat sana.
zahrah buat ayu lak

sofea pon sama wak ayu

rayyan buat muka pluk


This week (1 Nov 14) aku bawak depa gi Kidz Paradise. Ni kali kedua dtg cn. Sebab ada baki tiket yg lepas. Masa otw nak dtg jalan jem sebab byk kater nak g bukit jalil tgk final pahang dgn jdt. X tau la saper menang.
Kat sini anak2 yg syok sebab dpt main mcm2. Si Abang Mohsin mcm boring jer. Mungkin sebab dia dah besar dan zaman dia dah berlalu. Ni zaman adik2 dia lak.
Sementara tunggu anak2 main, hubby ajak Mohsin g tgk kasut futsal sebab dok bising jer abang sakit kaki main bola. Sediah lak tgk. X tau lah kasut apa yg dibelinyer.

Otw balik umah semua kepenatan n tertido dalam kater. macam ni la ragam anak2 nak membesar. semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin...

main2 pasir 
zahrah n raudhah
mohsin layan adik raudhah

Tuesday, 25 February 2014

2014.......... OMG

Assalamualaikum...... 

Dah lama i x update my blog. last ari tu 2012 kot, skrg dah 2014. Dah tambah new family... my sweetie Nur Iman Raudhah n new environment key el. Buat masa skrg ini shj pembukaan... nanti kita story mori lahi ekk. cha,,,, cha,,,,



raudhah ms hantar tok mek g mekah